11 BANTUAN DAN INSIATIF KERAJAAN YANG BOLEH RAKYAT DAPATKAN PADA TAHUN 2021 INI !!!

 11 BANTUAN DAN INSIATIF KERAJAAN 

YANG BOLEH RAKYAT DAPATKAN PADA TAHUN 2021 INI!!!


    Hampir setiap tahun nya, kerajaan pasti akan menyediakan pelbagai jenis bantuan kewangan mahupun perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada kepada golongan yang memerlukan seperti golongan B40 serta M40. Terdapat pelbagai jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan agar rakyat dapat melangsungkan kehidupan dengan lebih baik seiring dengan pandemik COVID-19 ini. Oleh itu, jangan terlepas peluang untuk mengetahui dan sekaligus membuat permohonan bagi bantuan-bantuan yang diberikan oleh Kerajaan.

     Dibawah ini telah disenaraikan jenis-jenis bantuan yang mungkin boleh dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia untuk tahun 2021 ini.

SENARAI BANTUAN & INISIATIF KERAJAAN TAHUN 2021.

1.Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 

BPR merupakan bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000 serta berstatus bujang yang berpendapatan kurang dari RM2,500 dan diberikan mengikut dua fasa. 
    
Kategori dan jumlah bantuan untuk BPR adalah seperti berikut :

  • Pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM2,500
            - Tiada atau seorang anak akan menerima sebanyak RM1,200
            - 2 anak dan ke atas akan menerima sebanyak RM1,800
  • Pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000
            Tiada atau seorang anak akan menerima sebanyak RM800
            2 anak dan ke atas akan menerima sebanyak RM1,200
  • Pendapatan isi rumah bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000
            Tiada atau seorang anak akan menerima sebanyak RM500
            2 anak dan ke atas akan menerima sebanyak RM750
  • Individu bujang berpendapatan kurang daripada RM2,500
               - Akan menerima sebanyak RM350
               - Kelayakan had umur bagi bujang ialah bermula umur 21 tahun.

CARA MOHON RUJUK : Panduan Permohonan BPR


2. Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (Bayaran Fasa 2)

Bagi mereka yang telah menerima BPR 2.0 yang telah diberikan pada tahun  2020 untuk fasa 1, bayaran fasa 2 akan dilangsungkan pada bulan Januari 2021. Untuk permohonan baharu yang lulus akan dimasukkan sekaligus pada Januari 2021. Jumlah bantuan adalah seperti berikut : 

  1. Isi Rumah B40 : RM1,000
  • Berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,000 dan ke bawah.
  • Bayaran RM700 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM300 pada bulan Januari 2021
       2. Isi Rumah M40 : RM600
  • Berpendapatan bulanan lebih daripada RM4,001 hingga RM8,000
  • Bayaran RM400 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM200 pada bulan Januari 2021
       3. Bujang B40 : RM500 
  • Berpendapatan bulanan kurang  daripada RM2,000 dan kebawah
  • Bayaran RM350 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM150 pada bulan Januari 2021
       4. Bujang M40 
  • Berpendapatan bulanan kurang  daripada RM2,000 hingga RM4,000
  • Bayaran RM200 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM100 pada bulan Januari 2021
CARA MOHON RUJUK : Panduan Permohonan BPN 2.0

3. Bantuan Bulanan Kanak-Kanak Keluarga Miskin

Bagi keluarga yang mempunyai kadar pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa, terdapat bantuan kewangan khas yang akan diberikan secara bulanan,iaitu :

  • RM150 sebulan bagi mereka yang memiliki anak berumur 7-18 tahun dengan jumlah maksimum bantuan sebanyak RM1,000/Keluarga.
  • RM200 sebulan bagi mereka yang memiliki seorang/1 anak berumur kurang 6 tahun dengan jumlah maksimum bantuan sebanyak RM1,000/Keluarga.
CARA MOHON RUJUK : Panduan Permohonan JKM

4. Lanjutan Moratorium 

Bagi peminjam B40 (Penerima BSH/BPP) yang membuat pinjaman dengan bank, akan mendapat lanjutan moratorium secara automatik tanpa memerlukan dokumen. Terdapat dua pilihan yang boleh dibuat iaitu : 

  • Penagngguhan ansuran bulanan selama 3 bulan.
  • Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan. 
Bagi Peminjam M40, tidak memerlukan sebarang dokumen juga tetapi membuat pengisytiharan kendiri dan kelulusan dalam 1 hingga 5 hari. 


5. i-Sinar KWSP 

i-sinar merupakan insiatif daripada kerajaan melalui KWSP bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan disebabkan wabak ini iaitu pandemik COVID-19. Hal ini kerana, kebanyakan rakyat kehilangan sumber utama pendapatan. Melalui i-sinar, para pencarum yang berkelayakan boleh mengeluarkan wang simpanan mereka sehingga RM10,000 atau RM60,000 daripada Akaun 1 mengikut kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. 


6. Caruman KWSP diturunkan kepada 9%.

 Mulai januari 2021, caruman KWSP yang dikenakan kepada pekerja akan diturunkan kepada 9% berbanding tahun-tahun sebelumnya yang bernilai 11%. Hal ini bermakna pendapatan bulanan pekerja akan menjadi lebih banyak daripada sebelumnya untuk menanggung kos sara hidup tinggi. 

RUJUK SINI : klik sini

7. Baucar Perlindungan Tenang

Baucar sebanyak RM50 akan disalurkan kepada golongan B40 yang layak menerima, dimana baucar ini boleh digunakan untuk membeli produk Perlindungan Tenang, termasuklah takaful hayat dan insurans perlindungan diri. 

RUJUK SINI : RUJUK SINI

8. Program Jaringan Prihatin

Golongan B40 juga akan menerima bantuan RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi. Ianya adalah untuk perbelanjaan langganan kos pembelian telefon bimbit baharu. 

RUJUK SINI : Klik Sini

9. Pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 

PERKESO menyediakan bantuan kepada mereka yang tiada pekerjaan dengan cara memberi Elaun mencari pekerjaan. Untuk tahun 2021 ni, Elaun mencari pekerjaan akan dilanjutkan tempoh pemberiannya selama 3 bulan dengan kadar :

  1. 80% daripada gaji untuk bulan pertama.
  2. 50% daripada gaji untuk bulan kedua.
  3. 30% daripada gaji untuk bulan terakhir
Banyak lagi kemudahan lain yang boleh diperolehi daripada sistem Insurans Pekerja. 

RUJUK SINI :Klik sINI


10. Program eBelia

Melalui program ini, kerjaan akan mengkreditkan RM100 secara one-off dalam e-Wallet belia yang tidak terhad kepada 20 tahun sahaja. Bantuan ini ditujukan kepada semua pelajar IPT dan IPTS walaupun masih berumur 20 tahun keatas. 

11.Pas Perjalanan MY30 

Bagi pengguna kenderaan awam, mereka boleh gunakan  sebagai pas perjalnan MY30. Dengan hanya RM30 kamu boleh mengakses perkhidmatan bas dan rel tanpa had selama 30 hari.Cara daftar mudah saja iaitu dengan membawa Mykad ke kaunter LRT dan bagitau nak langgan pas MY30.

Post a comment

0 Comments