Ticker

6/recent/ticker-posts

[RASMI] PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI (7 JUN 2020)



 7 Jun 2020 merupakan hari penting yang ditunggu-tunggu rakyat berikutan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Perutusan khas itu dijangka bakal menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat sama ada PKPB akan disambung lagi untuk tempoh dua minggu dengan syarat yang lebih longgar atau ditamatkan.


KERAJAAN mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PKPP ini lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara berterusan.
"Mulai 10 Jun, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.


"Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu bapa tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian," katanya ketika berucap dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.
Dalam perutusan itu, Muhyiddin turut menasihati rakyat negara ini untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung sepanjang PKPP nanti.
"Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka berada dalam kategori orang yang mudah terdedah kepada jangkitan.
"Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, tanggungjawab utama kita ialah untuk melindungi mereka daripada terkena jangkitan," katanya.

ISI KANDUNGAN PERUTUSAN PM(7 JUN 2020) :
  1. Negara memasuki fasa pemulihan COVID-19. 
  2. Kadar jangkitan terus menurun.
  3. Petugas barisan hadapan bertindak balas dan berjaya tangani kes-kes di depot tahanan imigresen.
  4. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan diganti ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos. 
  5. Perjalanan rentas negeri dibenarkan mulai PKPP.
  6. Hampir semua aktiviti dibenar beroperasi semula. 
  7. Sukan dan rekreasi dibenar kecuali pertandingan. 
  8. Pelancongan domestik dibenarkan semula. 
  9. Sambutan Hari Raya Aidiladha dibenarkan mengikut SOP.
  10. Sekolah akan dibuka secara berperingkat dan akan diumumkan oleh KPM sedikit masa. 
  11. Larangan terhadap aktiviti tertentu masih berterusan seperti kelab malam.
  12. 7 strategi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam PKPP.
  13. Fasa normalisasi selepas 31 Ogos jika tiada peningkatan kes yang mendadak. 
  14. Kerajaan menyarankan menggunakan aplikasi MySejahtera. 
Oleh itu, semua rakyat malaysia diharap agar memanfaatkan segala kelonggaran yang diberikan ini sebaiknya agar kita mampu mengalahkan wabak Covid-19 ini bersama-sama.

#StaySave #Covid19 #Kitajagakita 

  1. Sumber :  Mymetro 
  2. Sumber : Kerjasemasa.com

Post a comment

0 Comments