[TERKINI] COVID-19 : Kaedah PCR guna sampel air liur dicadangkan oleh Jepun

COVID-19 : Ujian saringan menggunakan kaedah PCR guna sampel air liur dicadangkan oleh Jepun.




TOKYO : Jepun bercadang agar kaedah ujian pengesanan COVID-19 diperluaskan oleh seluruh negara dalam masa terdekat.

Kementerian kesihatan negara itu membuat perancangan untuk meluluskan kaedah ujian reaksi rantai polimerase (PCR) menggunakan sampel air liur.

Dalam satu kenyataan pada Isnin menurut kementerian, proses calitan air liur jauh lebih mudah daripada mengambil sampel lendir dari bahagian belakang hidung yang sangat memerlukan kemahiran dan pengalaman.

Tambahan lagi, menurut kementerian itu, kaedah memasukkan putik kapas ke dalam rongga hidung itu untuk mendapatkan sampel lendir itu boleh mengakibatkan invidu terbabit dengan bersin, sekaligus meningkatkan kadar risiko jangkitan COVID-19 meningkat terhadap pekerja-pekerja perubatan.

Masalah yang dialami oleh institusi perubatan mengenai kekurangan peralatan perlindungan seperti gaun perubatan dan topeng muka menyebabkan kaedah saringan melalui air liur juga dipertimbangkan.

Lebih-lebih lagi, kaedah menggunakan sampel air liur adalah lebih selamat kerana ia akan diletakkan kedalam bekas khas dan tertutup.

Kaedah itu juga mendapat perhatian Persatuan Perubatan Jepun yang meminta agar kementerian segera membuat pertimbangan pelaksanaan ujian PCR tersebut.


Post a Comment

0 Comments